JAWATAN KOSONG DI KELANTAN – CONSTRUCTION EXECUTIVE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KERJA KOSONG DI SEKITAR KELANTAN.
Selari dengan PERKEMBANGAN syarikat yang sangat mendadak, KAYANGAN Property Sdn Bhd memerlukan individu yang berdedikasi dan berdisiplin serta amanah bagi mengisi kekosongan jawatan berikut dengan segera.
CONSTRUCTION EXECUTIVE (EKSEKUTIF PEMBINAAN)
Bertanggungjawab menguruskan keseluruhan projek syarikat termasuk perancangan, permulaan, pelaksanaan dan kesiapan projek.
Antara bidang tugas Construction Executive ialah:
1. Berkomunikasi dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak ketiga termasuk pembeli rumah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jurutera, Arkitek dan pembekal.
2. Merancang timeline kerja-kerja pekerja/tukang dengan Site Supervisor dan memastikan kesiapan projek berjalan lancar mengikut Project Timeline.
3. Menguruskan pembelian barang-barang kegunaan tapak projek dan memastikan segala pembelian direkod dan diserahkan kepada Pejabat setiap minggu.
4. Memastikan barang-barang kegunaan di tapak dibeli mengikut keperluan serta cekap dengan pambaziran minimum.
5. Melaporkan status projek termasuk perancangan, laporan kemajuan dan kesiapan projek kepada Managing Director dari masa ke semasa.
6. Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang berkaitan dengan projek syarikat seperti jualan, hartanah dan sebagainya.
7. Sanggup bekerja di luar waktu pejabat.
8. Sanggup melakukan pelbagai kerja seperti diarahkan oleh Managing Director dan Pihak Pengurusan.
SYARAT / KELAYAKAN:
1. Lelaki. Umur 25 tahun ke atas.
2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Construction Management / Project Management / berkaitan.
3. Solat 5 waktu. Sihat tubuh badan, aktif dan tahan lasak.
4. Memiliki lesen memandu B2 dan D
5. Mahir & berpengalaman sekurang-kurangnya 1-3 tahun dalam bidang pembinaan rumah / berkaitan
6. Bersedia untuk bekerja di Machang dan sekitar negeri Kelantan
FAEDAH:
• Gaji ditawarkan RM 1000 – RM 2000
• Penginapan selesa iaitu rumah banglo disediakan dan kos ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat
• CIDB green card, safety helmet, safety shoes, uniform dll
• Klinik panel
Bagi yang berminat, sila email RESUME TERKINI lengkap dengan gambar passport, tinggi (m), berat (kg), jangkaan gaji & pengalaman bekerja ke hrkayanganproperty@gmail.com
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pejabat di alamat :
KAYANGAN PROPERTY SDN BHD,
PT286, Tingkat 2, Jalan Sultan Yahya Petra, Seksyen 25,
15200 Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon: 09-7405022
Read more at https://www.mudah.my/Construction+Executive+Eksekutif+Pembinaan-76714908.htm#gkxrvgofp0z6ALMU.99