https://www2.mudah.my/vi/76636932.htm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KERJA KOSONG DI KOTA BHARU, KELANTAN.

Selari dengan PERKEMBANGAN syarikat yang mendadak, KAYANGAN Property Sdn Bhd memerlukan individu yang berdedikasi dan berdisiplin serta amanah bagi mengisi kekosongan jawatan dengan segera. 

Kekosongan adalah seperti berikut

Eksekutif Akaun / Akauntan

Bertanggungjawab untuk menyusun, menyemak, dan memfail dokumen berkaitan dengan traksaksi bisnes. Mengesahkan transaksi yang telah direkod ke dalam rekod sokongan serta menyelaraskan penyata bank, penyata penghutang dan penyata pemiutang.

Deskripsi tugas:

1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain
2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain
3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai
4. Menyediakan laporan ramalan keuntungan dan belanjawan serta menyediakan kos projek dan analisis risiko
5. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos
6. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan
7. Bertanggungjawab dalam segala urusan pinjaman termasuk menyemak cara pengiraan kelayakan pinjaman dan berkomunikasi dengan pihak bank
8. Mematuhi segala peraturan Syarikat dan arahan Managing Director

KELAYAKAN

– Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan
– Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun
– Fresh graduate digalakkan untuk memohon
– Solat 5 waktu. Sihat tubuh badan

LAIN-LAIN

– Gaji ditawarkan adalah RM 1000 – RM 2000
– Pelbagai kemudahan seperti Klinik Panel dan beberapa faedah lain diberikan

Bagi yang berminat, sila email RESUME TERKINI (lengkap dengan gambar passport, kelayakan akademik & pengalaman bekerja) ke:

hrkayanganproperty@gmail.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat di talian 09-7405022.

Sila nyatakan JAWATAN DIPOHON di ruangan Subject pada email.

Jom follow dan terus ikuti kami untuk mengetahui info-info penting di:
Fanpage : https://www.facebook.com/KayanganPropertySdnBhd/
Website : http://www.kayanganproperty.com/
Instagram : https://www.instagram.com/kayanganproperty/