Lawatan ke rumah Nuzul (pelajar praktikal syarikat)
Bismillahirahmanirrahim…
Syukur Alhamdulillah team Yayasan KAYANGAN Property berpeluang untuk memberi sedikit sumbangan kepada salah seorang pelajar praktikal di Syarikat kami. Sumbangan ini diberikan bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga pelajar tersebut. Antara sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan keperluan harian. Semoga sumbangan yang diberikan ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.